Kerjaya Sinan Ismail

Pada tahun 2008, Sinan bersama-sama dengan rakannya, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian menubuhkan Digital Durian pada mulanya hanya memfokuskan kepada perkhidmatan multimedia, yang mana permintaan klien ialah penerbitan karya digital seperti kandungan e-Learning, video multimedia, animasi 3D untuk industri korporat dan sebagainya.[2] Kemudian, mereka menerokai pasaran perniagaan kepada pengguna dengan Durian Kahwin, platform dagangan perkahwinan sehenti untuk kad jemputan, hadiah pintu dan perkahwinan yang bergaya.

Namun, Sinan dan dan rakannya, Hairul menyedari bahawa ini bukan minat mereka. Pada tahun 2012, kedua-duanya dianugerahkan geran RM50,000 selepas mengambil bahagian dalam Cabaran Pencipta Harta Intelek (IPCC) anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Nasib ternyata menyebelahi mereka apabila Didi & Friends The Science Explorers terpilih sebagai pemenang.[2]

Sinan ialah antara usahawan yang mendapat manfaat IPCC seterusnya menjadikannya antara peserta industri kandungan kreatif dan animasi dilihat yang terus menjadi penyumbang penting kepada ekonomi digital negara apabila merekodkan pertumbuhan jualan eksport sebanyak RM1.42 bilion berdasarkan prestasi inisiatif MSC Malaysia pada tahun 2017.[3]

Pada November 2021, Sinan mengumumkan bahawa Digital Durian telah melepaskan hak pemilikan terhadap Didi & Friends dan menjualnya kepada Warnakala Studios, yang diasaskan oleh Hairulfaizalizwan.[4]